SI SOPAK, SI BOTAK DAN SI BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat'' seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak ''Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu? '' Si-sopak menjawab, ''Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak. ''Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak. Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, ''Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak. ''Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, ''Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak. ''Dengan takdir Al...