SI SOPAK, SI BOTAK DAN SI BUTA

 Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat

bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka

 cacat'' seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya

si-sopak ''Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, 

apakah yang kamu mahu? '' Si-sopak menjawab, ''Saya mahu 

kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak.

''Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan 

dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. 

Si-botak menjawab,  ''Saya mahu kepala saya berambut semula

 supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak. 

''Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut

 dan diberikan harta yang banyak.

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. 

Si-buta menjawab,  ''Saya hendak mata saya

dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak.

 ''Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan 

dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula

malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. 

Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. 

Dia berjumpa dengan orang pertama yang

dulunya sopak dan meminta sedikit uang. 

''itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik 

malaikat. Malaikat berkata, ''Saya rasa saya kenal kamu. 

Dulu kamu sopak dan miskin. 

Allah telah menolong kamu. '' Si-sopak tidak mengaku.

Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar 

menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah 

menjadi kaya dan berambut lebat. 

Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan

membantu, malahan dia tidak mengaku bahwa dia dulu botak. 

Oleh sebab sombong dan tidak sadar diri, Allah menjadikan 

kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan 

penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta 

memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, ''Ini semua 

harta pemberiaan Allah.

Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah 

lebih berharga daripada kesemua harta ini.

''Malaikat tidak mengambil pemberian itu. 

Dia memberitahu bahwa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. 

Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara 

mereka bertiga yang bersyukur.

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati

kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan

si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

Moral & Iktibar

- Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur.

- Manusia yang bersyukur Allah akan tambah

kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah.

- Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan.

- Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur.

- Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah.

- Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya.

- Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.



Komentar

Postingan populer dari blog ini

"Dadio banyu, ojo dadi watu" (Jadilah air, jangan jadi batu).

"Sopo sing kelangan bakal diparingi, sopo sing nyolong bakal kelangan"

PERIBAHASA-JAWA